Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label berangan. Show all posts
Showing posts with label berangan. Show all posts
0

kedai sekedai-kedainya

setiap kali berangan lately
mesti ada suara tukang-tukang sumbang
yang suruh pergi berangan dekat nilai 3
bukan tak nak pergi tau
cuma masalahnya
bila hujung-hujung minggu, mesti ada je program masyarakat

tapi hujung minggu ni, berjaya pujuk Umi dan adik-adik 
untuk akhirnya melangkah ke nilai 3
memandangkan baru pertama kali pergi
kami anggap pergi untuk tengok-tengok je
melawat kawasan orang kata

melawat-lawat kawasan pun,
beratus-ratus jugaklah yang habis
mainly sebab Umi beli lampu LED ala-ala pokok krismas macam tu
kalau dah dengan semangatnya beli lampu tinggi Sania, sampai 2
memang konfirmlah kitorang akan buat mini pelamin sendiri, kan
itu tak campur lagi beli itu ini

lepas dah pergi nilai 3
saya akhirnya dah dapat theme untuk tunang dengan kahwin nanti
themenya adalah:

tunang: bling-bling
nikah: bulu-bulu

hee...
nak buat comel-comel tapi selalu kena kekang dengan Umi
dia kata jangan fikir macam nak buat themed birthday party

tapi best...................... camne?
0

excited untuk planning

maka, selepas bertukar status menjadi 'telah dirisik' atau pun dalam bahasa yang difahami adik-adik adalah 'proposed', saya pun dengan excitednya memulakan planning process (berangan). hee. 

oh part-part berangan ni saya memang sangat terer. apatah lagi, sebenarnya proses berangan ni dah start lebih setahun lepas. =P

dan tanpa fikir dua kali, saya decide untuk buat scrapbook binder untuk melancarkan proses planning membina Pondok ni. sekonyong-konyong saya pun turunlah ke Kinokuniya untuk memilih buku nota / file / binder yang sesuai.

setelah menghabiskan masa berlegar-legar selama 45 minit dalam Koni-Koni tu saya akhirnya memilih journal kaler ungu hitam dari Anna Sui macam gambar ni. nama journal ni rupa-rupanya adalah CALICO CABARET (saya baru tau masa tulis post ini... ketinggalan).

uish, kalau cabaret-cabaret ni memanglah faveret saya, ok! biasalah... dari dulu-dulu lagi dah berangan jadik Pussycat Dolls atau Liza Minelli. ngehee.

ruang dalam dia siap ada corak-corak lagi macam ni. tapi sebab saya akan selalu tampal-tampal dalam buku ni, agak wasted jugaklah corak-corak yang lawa tu. oh well, asalkan saya tau asalnya ada corak yang lawa di bawah tampalan saya. =)
Back to Top