maka, selepas bertukar status menjadi 'telah dirisik' atau pun dalam bahasa yang difahami adik-adik adalah 'proposed', saya pun dengan excitednya memulakan planning process (berangan). hee.
oh part-part berangan ni saya memang sangat terer. apatah lagi, sebenarnya proses berangan ni dah start lebih setahun lepas. =P
dan tanpa fikir dua kali, saya decide untuk buat scrapbook binder untuk melancarkan proses planning membina Pondok ni. sekonyong-konyong saya pun turunlah ke Kinokuniya untuk memilih buku nota / file / binder yang sesuai.

setelah menghabiskan masa berlegar-legar selama 45 minit dalam Koni-Koni tu saya akhirnya memilih journal kaler ungu hitam dari Anna Sui macam gambar ni. nama journal ni rupa-rupanya adalah
CALICO CABARET (saya baru tau masa tulis post ini... ketinggalan).
uish, kalau cabaret-cabaret ni memanglah faveret saya, ok! biasalah... dari dulu-dulu lagi dah berangan jadik Pussycat Dolls atau Liza Minelli. ngehee.


ruang dalam dia siap ada corak-corak lagi macam ni. tapi sebab saya akan selalu tampal-tampal dalam buku ni, agak wasted jugaklah corak-corak yang lawa tu. oh well, asalkan saya tau asalnya ada corak yang lawa di bawah tampalan saya. =)