Daisypath Wedding tickers
0

tema christmas suria klcc

saya dah beli baju nikah! hehe...
rasa macam sangat ekspres rakyat pulak.
tahun baru tak masuk lagi,
tapi dah beli baju nikah.

bukan apa, beli awal-awal sebab nak kejar sale
lagi pun kain baju nikah ni
nak dijadikan hantaran untuk tunang nanti

tapi maaf yer, tak boleh nak ditunjukkan di sini
nanti basi baju nikah slash hantaran saya

cuma sekarang ni tengah pening pilih design
sebab kain lace yang dia bagi, 1 panel tu cuma 2.5 meter
so nanti kalau baju renda-renda, kain tu macam plain je
camne?
camne?

tolong bagi idea sikit
0

excited untuk planning

maka, selepas bertukar status menjadi 'telah dirisik' atau pun dalam bahasa yang difahami adik-adik adalah 'proposed', saya pun dengan excitednya memulakan planning process (berangan). hee. 

oh part-part berangan ni saya memang sangat terer. apatah lagi, sebenarnya proses berangan ni dah start lebih setahun lepas. =P

dan tanpa fikir dua kali, saya decide untuk buat scrapbook binder untuk melancarkan proses planning membina Pondok ni. sekonyong-konyong saya pun turunlah ke Kinokuniya untuk memilih buku nota / file / binder yang sesuai.

setelah menghabiskan masa berlegar-legar selama 45 minit dalam Koni-Koni tu saya akhirnya memilih journal kaler ungu hitam dari Anna Sui macam gambar ni. nama journal ni rupa-rupanya adalah CALICO CABARET (saya baru tau masa tulis post ini... ketinggalan).

uish, kalau cabaret-cabaret ni memanglah faveret saya, ok! biasalah... dari dulu-dulu lagi dah berangan jadik Pussycat Dolls atau Liza Minelli. ngehee.

ruang dalam dia siap ada corak-corak lagi macam ni. tapi sebab saya akan selalu tampal-tampal dalam buku ni, agak wasted jugaklah corak-corak yang lawa tu. oh well, asalkan saya tau asalnya ada corak yang lawa di bawah tampalan saya. =)
0

proposing, part 2

pagi-pagi lagi saya dengan semangatnya dah bangun untuk mengemas rumah dan memasak. seminggu tau fikir nak masak apa. asik tukar-tukar menu je, saya dan Umi. akhirnya, setelah Tok Umi mengoffer diri untuk join masak. kitorang pun come out with this menu:
  1. Ayam Panggang Santan (Tok Umi)
  2. Ikan Goreng Thai (saya)
  3. Lemak Labu (saya)
  4. Sayur Campur (Kak Yani)
  5. Ikan Terubuk Masin (Umi)
dengan tidak segan silu, saya nak cakap bahawa Lemak Labu saya menjadi! tapi sedihnya, Incik Boifren tak makan labu pulak. adoi, macam-macam. penat masak sedap-sedap. tapi saya paksa jugak dia makan Ikan Goreng Thai yang saya buat. yang tu, dia cakap sedap. so pas lah, dah boleh kahwin. hee. 

hari sebelum tu pulak, saya ada buat brownies. saya pun sumbat juga pada Incik Boifren sebab dia suka cakap saya selalu tak bagi dia makan menda-menda yang saya masak. Incik Boifren kata, brownies saya lagi sedap daripada brownies yang beli. hee lagi.

pastu diorang pun berbincang lah, kong kreng kong kreng. saya pun macam tak paham sangat. siap keluarkan kalendar ngan organiser lagi mereka. apa yang penting adalah saya dah dapat cincin risik! 

tapi gambar close up cincin tak ada lagi. nantilah tunjuk. sebenarnya gambar tak lawa sangat sebab:

  • bateri kamera saya abes dan saya tak berapa reti nak guna kamera orang lain
  • tukang amek gambar adalah Adik and Adik adalah tak terer 

yang saya puas hati adalah, sebelum balik saya sempat paksa semua orang ambil gambar. 
bahan bukti orang kata.


yang bulat-bulat tu semua family saya la tu. yang kurus-kurus family dia. 
tapi dia sendiri pun, perut dah ke depan! 
0

proposing, part 1

ini gambar Incik Boifren tengah menyarung kasut. saya saja-saja ambil gambar kasut Incik Boifren sebab:

i. kasut dia lawa (sebab saya yang tolong pilih... saya, saya!)   
ii. konon-konon simbolik la sebagai langkah pertama untuk membina Pondok. teehee

dia tengah menyarungkan kembali kasut selepas berjumpa dengan Abah. masa ni, dua-dua kitorang dah boleh menarik nafas lega dan tersenyum-senyum kambing sebab Abah yang dijangka akan membebel panjang dan menaikkan suara rupanya macam cool je. padahal, dua tiga hari sebelum tu, masa saya cakap Incik Boifren dah nak 'datang', memang dia terus membebel panjang dan menaikkan suara pun. huhu. Umi cakap, sabar. itu 'separation anxiety' syndrome. kot. maklumlah, anak perempuan pertama.

walaubagaimanapun, kami berjaya! memulakan langkah pertama.
Back to Top